Berita Semasa

FamilyMart tamatkan kerjasama dengan syarikat pertahanan Israel

KUALA LUMPUR – Pemegang saham terbesar FamilyMart Co Ltd, Itochu Corporation mengumumkan akan menamatkan memorandum persefahaman (MoU) dengan sebuah syarikat pertahanan Israel iaitu Elbit Systems.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan FamilyMart Malaysia semalam, keputusan pembatalan tersebut dibuat bagi menyokong pendirian Kerajaan Jepun terhadap perintah Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) baru-baru ini untuk mencegah tindakan pembunuhan beramai-ramai di Semenanjung Gaza.

“Kami ambil maklum mengenai seruan di media sosial untuk memboikot FamilyMart di Malaysia.

“Pada Mac 2023, ia dilaporkan Itochu Aviation (anak syarikat kepada Itochu Corporation) telah menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dengan Nippon Aircraft Supply dan Elbit Systems untuk mengimport teknologi pertahanan ke Jepun bagi tujuan keselamatan negara Jepun.

“Kami dimaklumkan hari ini 5 Februari 2024
oleh FamilyMart Co Ltd Japan bahawa Itochu Aviation akan menamatkan MoU tersebut, seperti yang dilaporkan dalam berita di Jepun,” katanya dalam kenyataan tersebut.

Tambah FamilyMart Malaysia, pihaknya mengulangi pendirian bahawa tidak menyokong sebarang bentuk keganasan atau pembunuhan dan tidak menyumbang atau berurusan dengan Israel.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button