Berita Semasa

Fama terima peruntukan tambahan RM43 juta

Laksanakan Program Jualan Agro Madani

PUTRAJAYA – Sebanyak RM43 juta akan disalurkan kepada Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama) sebagai peruntukan tambahan bagi pelaksanaan Program Jualan Agro Madani di seluruh negara.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, peruntukan tambahan tersebut telah diluluskan dalam mesyuarat Jemaah Menteri minggu lepas.

Beliau yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berkata, sebanyak 5,000 lokasi telah dikenal pasti bagi pelaksanaan program berkenaan yang membekalkan barang keperluan asas lebih murah sehingga 30 peratus.

“Kita berharap sebanyak 10,000 lokasi jualan langsung dapat dibuka pada suku ketiga tahun hadapan bagi membantu rakyat terutamanya penduduk yang berada dalam kategori miskin tegar,” katanya.

Ahmad Zahid berkata demikian selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Pemantauan Pelaksanaan Majlis Tindakan Sara Hidup (NACCOL) di sini hari ini.

Setakat 30 Jun lepas, tambah beliau, Program Jualan Agro Madani itu telah dilaksanakan di 52 lokasi kompleks kerajaan di seluruh negara, melibatkan kira-kira 720 usahawan tempatan serta membawa nilai penjimatan kira-kira RM320,000 kepada pelanggan.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button