Berita SemasaSukan

FAM minta peminat sabar tunggu pengumuman pemain warisan baharu

PETALING JAYA – Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) meminta peminat Harimau Malaya sabar menunggu pengumuman berkaitan pemain warisan baharu negara yang akan dimumkan dalam masa terdekat.

Presiden FAM, Datuk Joehari Ayub berkata, proses mendapatkan kerakyatan bagi para pemain yang belum dinamakan lagi tu masih dalam proses, dan sedang menunggu kelulusan muktamad.

“Akan diumumkan dalam masa terdekat. Sekarang ini masih dalam proses. Jadi kami di FAM akan berusaha sehabis baik bagi pastikan projek ini berjalan sebaik mungkin dan pastinya sasaran kita untuk capai kemenangan.

“Jadi semua harus tunggu berita akan tiba yang buat saya sungguh teruja dan harap kalian semua juga,” katanya.

Jika segalanya berjalan lancar, skuad Harimau Malaya kemungkinan akan diperkuatkan dengan lapan pemain warisan baharu sekali gus boleh digunakan untuk mengharungi Kelayakan Piala Asia 2027.

Skuad kebangsaan di bawah kendalian ketua jurulatih baharu, Peter Cklamovski akan memulakan kempen Kelayakan Piala Asia 2027 dengan aksi pertama Kumpulan F menentang Nepal pada 25 Mac depan.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button