
Fahmi ucap takziah petugas RTM meninggal dunia
CYBERJAYA – Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil mengucapkan takziah kepada keluarga petugas berita Radio Televisyen Malaysia (RTM), Marlia Mohamed yang meninggal dunia, petang tadi.
“Hari ini saya menerima perkhabaran duka daripada rakan-rakan di RTM. Semoga mereka tabah dan sabar berdepan kehilangan ini.
“Sama-sama kita doakan agar roh beliau dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang beramal soleh. Al-Fatihah,” kata Fahmi dalam satu hantaran di akaun Facebook miliknya, hari ini.

Jelas beliau, Allahyarhamah merupakan penerima Tabung Kasih@HAWANA yang disampaikan ketika majlis berbuka puasa bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Kompleks Seri Perdana, yang turut dihadiri Fahmi, tahun lalu.
Allahyarhamah Marlia, 44 tahun, sebelum ini hilang upaya kekal berikutan penyakit diabetes yang dihidapinya sejak 2009.
Marlia mula menghidap penyakit berkenaan selepas melahirkan anak lelaki tunggalnya dengan kaki kirinya terpaksa dipotong hingga bahagian paha berikutan jangkitan kuman pada November 2023.
Platform | Pautan |
---|---|
Malaysia Tribune | |
X | @malaysiatribune |
@malaysiatribune | |
Threads | @malaysia.tribune |
Youtube | Malaysia Tribune |
TikTok | Malaysia Tribune |
Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
Telegram | Malaysia Tribune |