BERITA SEMASAKEMENTERIAN KOMUNIKASI

Fahmi ucap tahniah kejayaan kumpulan orkestra MRSM di Prague

KUALA LUMPUR – Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil meluahkan rasa bangga dengan kejayaan pasukan MARESMAF Wind Orkestra (MAWO) dari Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Ulul Albab FELDA Trolak yang memenangi anugerah emas ‘Golden Diploma Award’ di Prague hari ini.

“Syabas dan tahniah saya ucapkan. Satu kebanggaan buat keluarga besar FELDA khususnya dan rakyat Malaysia amnya,” tulis beliau melalui satu hantaran di Facebook.

MARESMAF Wind Orkestra (MAWO) berjaya merangkul Anugerah Emas ‘Golden Diploma Award’ pada festival tersebut.

Tambah Fahmi, lebih membanggakan mereka baru sahaja menghidupkan kembali kumpulan muzik tersebut dan berjaya meraih kejayaan.

“Cuba bayangkan, anak-anak Felda ini baru sahaja menghidupkan semula orkestra ini, tapi sudah berjaya membuktikan bahawa anak Felda benar-benar MENDONIA!” ujarnya.

Pada Festival Antarabangsa Wind Orchestras Prague ke-26 yang berlangsung pada 20 dan 21 Jun itu, MAWO merupakan satu-satunya wakil dari Asia yang berjaya menewaskan tujuh kumpulan orkestra lain dari negara Eropah dalam kategori ‘middle class’.

Malah, pasukan itu turut diumumkan sebagai penerima markah tertinggi oleh panel juri profesional berdasarkan kualiti persembahan, kecekapan teknikal dan penguasaan komposisi muzik bertaraf antarabangsa.

MAWO merupakan antara inisiatif di bawah program seni muzik FELDA dan MARA yang memberi tumpuan kepada pembangunan bakat anak muda di peringkat akar umbi.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button