
Fahmi nasihat pengguna media sosial bersederhana beri komen isu perkauman
KUALA LUMPUR – Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil menasihatkan rakyat di negara ini agar berhati-hati dalam membicarakan mengenai sentimen perkauman yang sering kali tersebar melalui media sosial.
Fahmi berkata, mereka yang sering menggunakan media sosial perlu lebih peka dan bersederhana dalam mengeluarkan komen, terutamanya berkenaan isu-isu sensitif yang melibatkan agama, kaum dan budaya.
“Sebagai sebuah negara yang majmuk dan pelbagai kaum kita punya banyak sentiviti dan seharusnya mereka yang banyak menggunakan media sosial juga perlu amati dan perlu bersederhana dalam mengeluarkan komen,” katanya.
Ahli Parlimen Lembah Pantai itu berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Majlis Graduasi Digital Leadership Excellence 2024 di ibu negara hari ini.
Terdahulu, Fahmi yang juga Jurucakap Rasmi Kerajaan Perpaduan diminta mengulas mengenai inisiden seorang peniaga yang mencetuskan kontroversi selepas meletakkan notis berunsur perkauman di gerai jagung bakar miliknya.
Semalam, Menteri Perpaduan, Datuk Aaron Ago Dagang memaklumkan peniaga berkenaan telah memohon maaf atas tindakannya itu dan berjanji tidak akan mengulangi lagi pada masa akan datang.
Hari ini, Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Akmal Saleh menggesa tindakan undang-undang dikenakan terhadap penjual jagung itu, walaupun dia sudah sudah memohon maaf.
Berhubung tindakan terhadap pelaku, Fahmi Fadzil menegaskan sekiranya pihak berkuasa mempunyai asas untuk membuat pendakwaan, maka ia harus diserahkan kepada badan penguatkuasaan seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk tindakan lanjut.
Platform | Pautan |
---|---|
Malaysia Tribune | |
X | @malaysiatribune |
@malaysiatribune | |
Threads | @malaysia.tribune |
Youtube | Malaysia Tribune |
TikTok | Malaysia Tribune |
Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
Telegram | Malaysia Tribune |