BERITA SEMASADALAM NEGERI

Fahmi Fadzil beri amaran ‘scam’ guna umpan bantuan STR melalui WhatApp

PUTRAJAYA – Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil hari ini memberi amaran mengenai sebaran pautan penipuan dalam talian yang mengumpan mangsa menggunakan tawaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) melalui aplikasi WhatApp.

Sehubungan itu, beliau mengingatkan orang ramai supaya tidak terperdaya dengan kiriman mesej palsu yang dikirim pihak tidak bertanggungjawab itu.

“Hati-hati dengan mesej yang tersebar dalam WhatsApp seperti ini. Jangan klik, ini pautan scammer. Jika anda klik, anda akan hilang akses ke aplikasi WhatsApp anda,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.

Beliau turut menasihati orang ramai supaya merujuk laman web rasmi kementerian berkaitan untuk mendapatkan maklumat sahih mengenai sebarang bentuk bantuan kerajaan.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button