Fahmi arah MCMC ambil tindakan individu tularkan video lama
KUALA LUMPUR – Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil mendakwa video tular di laman sosial, TikTok yang dimuat naik oleh pemilik akaun @janggut.putih merupakan rakaman pada tahun 2019.
Menurut Fahmi, video berdurasi 1 minit 49 saat itu sengaja diulang siar kerana mahu menimbulkan rasa marah.
Justeru itu, katanya, beliau telah mengarahkan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) mengesan suspek untuk diambil tindakan.
“Terima kasih. Ini video dari 2019, diulang siar untuk sengaja timbulkan rasa marah. MCMC akan kesan suspek dan ambil tindakan,” katanya menerusi satu ciapan di X hari ini.
Terdahulu, seorang pengguna media sosial di X dengan nama @PejuangPH, memuat naik tangkap layar yang memaparkan profil akaun Tiktok @janggut.putih yang didakwa membuat fitnah terhadap Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek.

“@FadhlinaSiddiq, @fahmi_fadzil sediakan surat saman,” tulisnya di X.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |






