
Fadil Marsus pangku Pengarah JSJ Bukit Aman
KUALA LUMPUR – Timbalan Pengarah (Risikan/Operasi) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Fadil Marsus, dilantik memangku jawatan Pengarah JSJ Bukit Aman berkuat kuasa esok.
Pelantikan itu dibuat susulan pertukaran Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain ke Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) sebagai Ketua Pengarah baharu.
Untuk makluman, Mohd Shuhaily dilantik menggantikan Datuk Seri Hazani Ghazali yang bersara wajib pada 10 Februari lalu selepas lebih 38 tahun berkhidmat dalam Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Dalam pada itu, Ketua Polis Johor, Datuk M Kumar S Muthuvelu akan mengisi kekosongan jawatan Pengarah JSJ Bukit Aman menggantikan Mohd Shuhaily.
Majlis serah terima tugas tersebut diadakan hari ini disaksikan oleh Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd Khalid Ismail serta Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ayob Khan Mydin Pitchay.
Turut berlangsung dalam majlis berkenaan adalah acara serah terima jawatan Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (Perkep) JSJ, daripada Ennie Salina Roseli kepada Nurashidah Ishak yang disaksikan oleh Pengerusi Perkep Pusat, Munirah Che Rose yang juga isteri kepada Ketua Polis Negara.
Platform | Pautan |
---|---|
Malaysia Tribune | |
X | @malaysiatribune |
@malaysiatribune | |
Threads | @malaysia.tribune |
Youtube | Malaysia Tribune |
TikTok | Malaysia Tribune |
Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
Telegram | Malaysia Tribune |