
Fadhlina umum dua lagi pemimpin Wanita PKR Sabah
RANAU – Ketua Wanita PKR, Fadhlina Sidek mengumumkan dua lagi barisan kepemimpinan baharu sayap parti itu bagi penggal 2025-2028 sekaligus menyatakan komitmen dan kesiapsiagaan jentera bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) yang bakal diadakan dalam masa terdekat.
Beliau memaklumkan, melalui mesyuarat organisasi semalam, Rufinah Pengeran dilantik sebagai Ketua Wanita PKR Negeri Sabah, manakala Noraini Abd Ghapur dipilih sebagai Timbalan Ketua Langkah Strategik bagi memperkukuh struktur kepimpinan Wanita di negeri itu.
Fadhlina berkata, Jawatankuasa Pilihan Raya Wanita Sabah yang digerakkan sejak Januari lalu memberi adalah jaminan bagi memastikan semua aspek persiapan diselaraskan.
“Gerak kerja Wanita giat diperkukuh di setiap peringkat. Saya yakin Wanita PKR Sabah bukan hanya turun bertanding, tetapi dengan iltizam untuk mengekalkan kemenangan,” katanya dalam satu kenyataan.
Fadhlina pada Selasa lalu mengumumkan barisan kepemimpinan Wanita PKR yang baharu bagi 2025 -2028.
Serentak itu, Sekolah Wanita (SWAN) Zon Sabah kini berlangsung sehingga Ahad ini yang menumpu pada latihan intensif, bengkel persiapan pilihan raya dan pemerkasaan Wanita dalam arus politik negeri.
Platform | Pautan |
---|---|
Malaysia Tribune | |
X | @malaysiatribune |
@malaysiatribune | |
Threads | @malaysia.tribune |
Youtube | Malaysia Tribune |
TikTok | Malaysia Tribune |
Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
Telegram | Malaysia Tribune |