
Fadhlina Sidek promosi batik Malaysia dalam kempen rebut kerusi Lembaga Eksekutif UNESCO
KUALA LUMPUR – Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek telah memulakan kempen Malaysia dalam merebut kerusi Lembaga Eksekutif Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO).
Fadhlina berkata, dalam siri kempen peringkat antarabangsa itu, beliau akan terlibat penuh dalam semua agenda mempromosikan warisan Malaysia yang telah mendapat pengiktirafan UNESCO.
Justeru itu, Fadhlina berkata, beliau memilih Bukit Bendera sebagai tempat permulaan kempen, memandangkan ia merupakan lokasi yang kaya dengan biodiversiti kebanggaan negara.
“Saya juga akan mempromosikan Batik dan Kebaya kerana ia adalah ‘signature’ Malaysia dan akan menjadi pakaian rasmi saya sepanjang berkempen untuk memenangi kerusi Executive Board ini,” katanya dalam satu kenyataan di Facebook milik beliau hari ini.
Tahun lalu, Fadhlina, yang juga merupakan Presiden Suruhanjaya Kebangsaan UNESCO Malaysia (SKUM) dilaporkan berkata, Malaysia bersedia bersaing untuk mendapatkan kedudukan dalam Lembaga Eksekutif UNESCO.
Beliau berkata, Malaysia membawa misi mempromosikan pertumbuhan nasional yang inklusif, melindungi alam sekitar, dan memperjuangkan keadilan sosial berlandaskan prinsip “Membina Masa Depan Yang Berbeza” (BFD).
Menurut beliau, langkah strategik itu diharapkan dapat memberikan sumbangan yang signifikan terhadap kelestarian, inklusiviti, penciptaan peluang, dan keamanan global.
Platform | Pautan |
---|---|
Malaysia Tribune | |
X | @malaysiatribune |
@malaysiatribune | |
Threads | @malaysia.tribune |
Youtube | Malaysia Tribune |
TikTok | Malaysia Tribune |
Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
Telegram | Malaysia Tribune |