BERITA SEMASA

Fadhlina guna tulisan jawi, catat titah Sultan Ibrahim

KUALA LUMPUR – Fadhlina Sidek menggunakan tulisan jawi bagi mencatat titah Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim pada istiadat pembukaan Mesyuarat pertama penggal keempat Parlimen ke-15 yang bermula hari ini.

Menteri Pendidikan berkata, tindakan beliau itu adalah sebagai usaha untuk mengasah semula tulisan jawi agar ia tidak dilupakan.

“Harap guru kemahiran jawi memaafkan saya yang sedang mencuba mengingat semula bagaimana perkataan dieja dalam tulisan jawi.

“Titah Tuanku dalam sesi pembukaan Parlimen tadi sangat mendalam. Ringkas tetapi sarat dengan peringatan yang memaknai tugas sebagai ahli Parlimen,” katanya dalam satu kenyataan di Facebook hari ini.

Tambah Fadhlina, agenda reformasi pendidikan juga disentuh dengan mandat bagi meningkatkan kualiti pendidikan negara.

“Pastinya isu kedaulatan negara menjadi teras titah Sultan Ibrahim. Hatta sebesar batu karang sekalipun, ia mesti dipertahankan. Daulat Tuanku,” katanya lagi.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
PlatformPautan
FacebookMalaysia Tribune
X@malaysiatribune
Instagram@malaysiatribune
Threads@malaysia.tribune
YoutubeMalaysia Tribune
TikTokMalaysia Tribune
Whatsapp ChannelMalaysia Tribune
TelegramMalaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button