BERITA SEMASA

EzyDurian sasar jualan sebanyak RM50 juta tahun ini

BANGI – EzyDurian hari ini menyasarkan jualan durian sebanyak RM50 juta menjelang hujung tahun ini.

Pengasas EzyDurian, Khairul Anuar Mohamadiah berkata, sasaran itu realistik memandangkan pihaknya telah membuka empat buah cawangan EzyDurian baharu pada tahun ini.

“Pada tahun lepas, kita punya jualan adalah sebanyak RM18 juta lebih dengan hanya tiga cawangan dibuka pada masa itu. Sekarang bila kita ada lagi penambahan empat cawangan maka kita jangkakan jualan itu akan lebih bertambah.

“Selain itu, bekalan durian tahun ini juga banyak dan kami telah membuat banyak penambahbaikan kepada perkhidmatan kami. Saya positif jumlah jualan RM50 juta itu dapat dicapai dengan kerjasama semua staf,” katanya.

Khairul berkata demikian kepada pemberita pada majlis makan durian bersama pengamal media yang diadakan di EzyCafe by EzyDurian, di sini hari ini.

Dalam pada itu, beliau turut menyambut baik usaha kerajaan baru-baru ini yang memberi kemudahan kepada pengusaha durian untuk mengeksport durian segar ke China.

“Bagi saya perkembangan ini bagus. Sebelum ini Malaysia hanya mendapat lesen untuk menghantar buah durian ke China dalam keadaan beku (frozen). Dan penghantaran secara beku itu memakan kos banyak seperti kos pembekuan menggunakan nitrogen di kilang.

“Dengan adanya kemudahan menghantar durian secara segar itu, ia membuka peluang ekonomi kepada pengusaha durian dan kebun. Ia mengurangkan kos dikenakan pengusaha durian dalam proses mengeksport,” ujarnya.

Sehubungan itu, beliau dan pihaknya merancang untuk cuba mengeksport durian segar ke negara terbabit pada bulan Ogos ini.

EzyDurian merupakan antara syarikat pembekal durian terbesar di Malaysia yang menawarkan durian pelbagai jenis termasuk Musang King dan Blackthorn.

Setakat ini, syarikat berkenaan mempunyai tujuh cawangan di seluruh negara iaitu Batu Cave, Putrajaya, Shah Alam, Bangi, Cyberjaya Ampang dan Cheras

Sementara itu, orang ramai yang mempunyai sebarang pertanyaan berhubung perkhidmatan EzyDurian boleh menghubungi di talian 01113216321 manakala penempahan durian pula boleh dibuat di laman web EzyDurian.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
PlatformPautan
FacebookMalaysia Tribune
X@malaysiatribune
Instagram@malaysiatribune
Threads@malaysia.tribune
YoutubeMalaysia Tribune
TikTokMalaysia Tribune
Whatsapp ChannelMalaysia Tribune
TelegramMalaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button