
Ewon ketuai delegasi Bank Rakyat kunjungi TYT Sarawak
KUCHING – Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Ewon Benedick mengetuai delegasi Bank Rakyat mengadakan kunjungan hormat kepada Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar di Astana, di sini hari ini.
Dalam kunjungan hormat tersebut, Ewon dan delegasinya telah mengadakan sesi taklimat kepada Tun mengenai pelbagai inisiatif baharu yang akan dilaksanakan Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP).
“Antaranya ialah cadangan Akta Koperasi yang baharu, perkembangan Universiti Keusahawanan
Koperasi Malaysia dan beberapa inisiatif khusus di Sarawak,” kata Ewon dalam satu kenyataan.
Selain itu, pihak Bank Rakyat juga telah memaklumkan kepada Tun mengenai rancangan pengembangan perniagaan dan cawangan perkhidmatan di Sarawak termasuk program tanggungjawab sosial korporat.
“KUSKOP amat menghargai segala pandangan dan cadangan yang diberikan oleh Tun semasa kunjungan kami ini,” kata Ewon lagi.
Turut hadir dalam kunjungan hormat itu ialah Ketua Setiausaha KUSKOP, Datuk Seri Khairul Dzaimee Daud; Pengerusi Bank Rakyat, Datuk Mohd Irwan Mohd Mubarak dan Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Bank Rakyat, Ahmad Shahril Mohd Sharif.
Platform | Pautan |
---|---|
Malaysia Tribune | |
X | @malaysiatribune |
@malaysiatribune | |
Threads | @malaysia.tribune |
Youtube | Malaysia Tribune |
TikTok | Malaysia Tribune |
Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
Telegram | Malaysia Tribune |