BERITA SEMASA

Proses evakuasi rakyat Malaysia dari Tehran bermula hari ini

PUTRAJAYA – Rakyat Malaysia yang bersetuju untuk dievakuasi dari Tehran, Iran dijangka akan mula meninggalkan lokasi itu, hari ini.

Kementerian Luar dalam satu kenyatan berkata, pihaknya kini dalam peringkat akhir memuktamadkan usaha membantu rakyat Malaysia dan ahli keluarga mereka kembali ke tanah air susulan konflik yang berlaku di antara Israel dan Iran.

“Kementerian bekerjasama rapat dengan perwakilan-perwakilan Malaysia yang terbabit, sedang memastikan perjalanan pulang rakyat Malaysia dan ahli keluarga dapat dilaksanakan dengan segera, lancar dan selamat.

“Kami menantikan kepulangan mereka ke tanah air,” kata kementerian itu dalam satu hantaran di akaun Facebook miliknya, hari ini,

Kelamrin, Menteri Komunikasi merangkap jurucakap Kerajaan MADANI, Datuk Fahmi Fadzil memaklumkan, Malaysia akan memindahkan rakyatnya dari Iran berikutan peningkatan risiko keselamatan ekoran ketegangan yang semakin memuncak antara kedua-dua negara berkenaan.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button