BERITA SEMASA

EV e.MAS 7 kenderaan rasmi Sidang Kemuncak ASEAN 2025

KUALA LUMPUR – Kenderaan elektrik (EV) pertama Proton, e.MAS 7, diumumkan sebagai kenderaan rasmi yang akan digunakan sewaktu Sidang Kemuncak ASEAN 2025 nanti.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika mengumumkan perkara itu berkata, e.MAS 7 bukan sahaja kenderaan, tetapi turut memenuhi salah satu tonggak ekonomi negara.

“Dari sudut pandangan kenderaan elektrik (EV) dan usaha kita untuk membuat perubahan, meninggalkan industri karbon lama kepada yang baharu,” katanya.

Anwar berkata demikian pada Majlis Pelancaran e.MAS 7, di sini hari ini.

Ketika ini, kata Anwar, lebih daripada 75 peratus tenaga yang digunakan di Asia berasal daripada hidrokarbon dan permintaan itu dijangka meningkat dua kali ganda menjelang 2030.

“Sekarang kita mesti mengimbangi permintaan dengan sekuriti, kemampuan, dan kemampanan. Di bawah Inisiatif Peralihan Bertanggungjawab, Malaysia meningkatkan daya saingnya dengan mengurangkan kebergantungan bahan api fosil dan memupuk pertumbuhan dalam mobiliti hijau, tenaga boleh diperbaharui dan penyelesaian penyimpanan tenaga,” katanya lagi.

Tambah Anwar, unjuran Malaysia menunjukkan negara ini boleh menghasilkan peluang pelaburan sehingga RM1.3 trilion menjelang 2050.

Selain itu, katanya, ia mampu menambahkan lagi sumbangan sebanyak RM220 bilion kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia dan menjana lebih 300,000 peluang pekerjaan.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button