SUKANBERITA SEMASA

Euro 2024: UEFA lantik pengadil separuh akhir terlibat skandal rasuah

DORTMUND – Kesatuan Persatuan Bola Sepak Eropah (UEFA) membuat keputusan kontoversi apabila melantik seorang pengadil yang pernah terlibat dalam skandal rasuah untuk perlawanan separuh akhir Euro 2024 antara England dan Belanda.

Menurut laporan Mail Sport, pengadil tersebut adalah Felix Zwayer, 43, akan mengadili perlawanan separuh akhir Euro 2024 walaupun pernah dihukum dengan pergantungan enam bulan kerana menerima rasuah sebanyak €300 dari pengadil Robert Hoyzer dalam skandal 2005.

Katanya, UEFA dilaporkan menjalankan semakan dan memutuskan bahawa Zwayer akan tetap mengadili perlawanan tersebut.

Menurut laporan terdahulu, Zwayer pernah terlibat dalam skandal yang melibatkan Hoyzer, yang menerima rasuah untuk mengatur beberapa perlawanan.

Zwayer, ketika itu seorang pembantu pengadil, membantu skandal rasuah Hoyzer dalam satu perlawanan dengan menerima bayaran sebanyak €300.

Susulan itu, dia dikenakan pergantungan mengadili sebarang perlawanan selama enam bulan namun, perkara tersebut hanya diketahui umum selepas disiarkan oleh akhbar Jerman beberapa tahun kemudian.

Hasil penyiasatan juga mendapati Zwayer gagal melaporkan perbuatan Hoyzer walaupun dia sedar mengenainya dan menerima €300 dari Hoyzer sebelum perlawanan antara SV Wuppertal dan Werder Bremen Amateure pada Mei 2004.

Hakim jenayah Munich, Rainer Koch, yang bertanggungjawab ke atas kes tersebut mendapati walaupun Zwayer mengambil rasuah namun dia juga membantu menyelesaikan kes tersebut.

Walaupun dengan latar belakang kontroversi Zwayer masih dijadualkan mengadili perlawanan England dan Belanda.

Pemenang akan bertemu Sepanyol atau Perancis dalam perlawanan akhir Euro 2024.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
PlatformPautan
FacebookMalaysia Tribune
X@malaysiatribune
Instagram@malaysiatribune
Threads@malaysia.tribune
YoutubeMalaysia Tribune
TikTokMalaysia Tribune
Whatsapp ChannelMalaysia Tribune
TelegramMalaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button