SUKANBERITA SEMASA

Euro 2024: Ollie Watkins jadi wira bawa England perlawanan akhir bertemu Sepanyol

DORTMUND – England akan berhadapan dengan Sepanyol dalam perlawanan akhir Euro 2024 selepas jaringan saat akhir oleh pemain gantian, Ollie Watkins untuk memastikan kemenangan ke atas Belanda 2-1.

England terlebih dahulu membolosi pintu golnya apabila pemain tengah Belanda, Xavi Simons melepaskan satu rembatan yang cantik untuk menewaskan penjaga gol England, Jordan Pickford.

Pasukan bimbingan Gareth Southgate dilihat mempunyai sinar selepas Harry Kane menyamakan kedudukan dengan penalti kontroversi pada minit ke-18.

England mendominasi separuh masa pertama, dengan Phil Foden bermain cemerlang serta hampir menjaringkan gol dengan satu rembatan jarak jauh yang mengenai tiang dan satu percubaannya yang diselamatkan oleh penjaga gol Belanda, Bart Verbruggen.

Belanda turut mempunyai peluang dengan satu tandukan Denzel Dumfries mengenai palang sebelum waktu rehat pada separuh masa pertama.

Padang separuh masa kedua, England dilihat bakal berdepan tambahan 30 minit lagi namun, satu rembatan cantik di saat akhir dari Watkins membawa England ke perlawanan akhir Kejohanan Eropah kedua berturut-turut.

Kemenangan England ke atas Belanda di Dortmund dengan Southgate dan para pemainnya hanya satu perlawanan daripada mencipta sejarah dan menamatkan penantian 58 tahun.

England akan bertanding dalam perlawanan akhir pertama mereka selepas Piala Dunia 1966 dan perlawanan akhir Euro 2020 lalu.

Tambah lagi, ia juga memberi peluang kepada England untuk menebus kekecewaan pahit tewas kepada Itali melalui penalti di Wembley pada final Euro 2020 lalu.

Bagi Southgate, satu lagi perlawanan akhir adalah pembuktian terhadap dirinya yang selalu dikritik hebat kerana persembahan tidak konsisten England sebelum ini.

Sehubungan itu, kejayaan di Berlin akan mengubah naratif media dan penyokong tentang dirinya untuk selama-lamanya.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
PlatformPautan
FacebookMalaysia Tribune
X@malaysiatribune
Instagram@malaysiatribune
Threads@malaysia.tribune
YoutubeMalaysia Tribune
TikTokMalaysia Tribune
Whatsapp ChannelMalaysia Tribune
TelegramMalaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button