SukanBerita Semasa

Euro 2024: England, Denmark hanya mampu seri namun mara ke peringkat kalah mati

COLONGE – England mengakhiri saingan pusingan awal Euro 2024 dengan status juara Kumpulan C, meskipun sekali lagi mempamerkan aksi hambar ketika terikat tanpa jaringan dengan Slovenia awal pagi tadi.

Pasukan bimbingan Gareth Southgate itu gagal menunjukkan ketajaman di depan gol, dengan menguasai perlawanan tanpa sebarang jaringan.

Akhirnya The Three Lions menamatkan saingan peringkat kumpulan dengan hanya lima mata daripada sembilan mata penuh dalam tiga perlawanan.

Walaupun seri, England berjaya melangkah ke pusingan 16 sebagai juara kumpulan setelah Denmark dan Serbia turut terikat tanpa jaringan dalam satu lagi perlawanan.

Dalam perkembangan sama, Denmark mengesahkan tempat ke pusingan 16 Euro 2024 selepas terikat tanpa jaringan dengan Serbia dalam aksi terakhir Kumpulan C di Arena Allianz awal pagi tadi.

Meskipun kemenangan dalam perlawanan terakhir itu boleh meletakkan mereka sebagai juara kumpulan, pasukan bimbingan Kasper Hjolmund terpaksa akur menamatkan pusingan awal sebagai pasukan kedua terbaik.

Denmark akan bertemu Jerman hujung minggu ini manakala Slovenia mencipta sejarah dengan melangkah ke pusingan kalah mati buat kali pertama selepas muncul antara empat pasukan di tempat ketiga terbaik.

Di kem Serbia pula perlu memenangi aksi tersebut untuk menghidupkan peluang mereka, namun gagal melakukannya.

Menariknya, Denmark berjaya melangkah ke pusingan kalah mati tanpa memenangi sebarang perlawanan peringkat kumpulan, dengan keputusan seri dalam ketiga-tiga perlawanan mereka.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button