BERITA SEMASA

Dua set tren ETS dari China tiba bulan depan

SEREMBAN – Malaysia dijangka menerima dua set tren perkhidmatan tren elektrik (ETS) dari China pada bulan depan, manakala baki lapan set lagi akan dipasang di kilang di Batu Gajah, Perak.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata, tren baharu itu dijangka mula beroperasi secara berperingkat hujung tahun ini bagi meningkatkan kapasiti perkhidmatan ETS.

“Apa yang kita lakukan sekarang adalah melanjutkan perkhidmatan ETS sedia ada ke Segamat kerana Stesen Segamat telah siap, tetapi Stesen Johor Bahru masih dalam pembinaan.

ETS
Anthony Loke

“Jadi, perkhidmatan hanya akan beroperasi sehingga Segamat dan bukan dari Johor Bahru,” katanya pada sidang media selepas menghadiri Majlis Perjumpaan Menteri Pengangkutan Bersama Pemimpin Masyarakat dan Majlis Berbuka Puasa.

Anthony berkata, Segamat akan menggunakan tren sedia ada sementara menunggu kesemua tren baharu siap sepenuhnya.

“Malah, dua tren baharu akan tiba dari China bulan depan, semua tren itu mula beroperasi, kekerapan perkhidmatan ETS dari Johor Bahru ke Kuala Lumpur akan dapat ditingkatkan, sekali gus memberi lebih manfaat kepada penumpang,” katanya lagi.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
PlatformPautan
FacebookMalaysia Tribune
X@malaysiatribune
Instagram@malaysiatribune
Threads@malaysia.tribune
YoutubeMalaysia Tribune
TikTokMalaysia Tribune
Whatsapp ChannelMalaysia Tribune
TelegramMalaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button