
Enam termasuk tiga kanak-kanak maut dalam nahas helikopter di Sungai Hudson
NEW YORK – Enam individu termasuk tiga kanak-kanak maut selepas sebuah helikopter pelancongan terhempas ke dalam Sungai Hudson berhampiran Lower Manhattan, semalam.
Datuk Bandar New York, Eric Adams berkata, semua mangsa termasuk juruterbang dan sebuah keluarga dari Sepanyol disahkan meninggal dunia di tempat kejadian atau ketika menerima rawatan di hospital.
“Kesemua enam mangsa telah dikeluarkan dari air dan semuanya disahkan meninggal dunia,” katanya kepada pihak media.
Helikopter jenis Bell 206 itu dilaporkan mengalami hilang kawalan di udara sebelum terhempas ke dalam sungai.
Pesawat jenis itu merupakan antara yang biasa digunakan dalam penerbangan komersial oleh syarikat pelancongan, stesen TV dan jabatan polis.
Tragedi itu terus mencetuskan kebimbangan terhadap tahap keselamatan pengangkutan udara susulan beberapa kes nahas di Washington dan Philadelphia, baru-baru ini.
Sementara itu, pihak Lembaga Keselamatan Pengangkutan Kebangsaan (NTSB) kini sedang menjalankan siasatan menyeluruh bagi menentukan punca nahas.
Platform | Pautan |
---|---|
Malaysia Tribune | |
X | @malaysiatribune |
@malaysiatribune | |
Threads | @malaysia.tribune |
Youtube | Malaysia Tribune |
TikTok | Malaysia Tribune |
Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
Telegram | Malaysia Tribune |