
Enam pendaki sesat di Gunung Angsi ditemukan selamat
SEREMBAN – Enam pendaki terdiri daripada empat wanita dan dua lelaki yang dilaporkan hilang ketika mendaki Gunung Angsi di Kuala Pilah, dekat sini ditemukan selamat.
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dalam satu kenyataan berkata, semua pendaki berusia dalam lingkungan usia 20 hingga 30-an itu berjaya ditemui pada pukul 12 tengah malam tadi.
Katanya, operasi mencari dan menyelamat (SAR) dianggotai 27 anggota pasukan Jabatan Bomba dan Penyelamat, malim gunung dan pasukan dari Pejabat Perhutanan Daerah Kuala Pilah.
“Kesemua mangsa ditemui oleh unit pasukan khas bomba (STORM) melalui laluan Ulu Bendul.
“Salah seorang daripada pendaki mengalami kecederaan pada bahagian lutut dan diberikan rawatan awal oleh unit EMRS,” katanya.
Terdahulu, pihak bomba menjalankan SAR susulan enam pendaki dilaporkan tidak turun sehingga pukul 7.30 petang semalam.
“Bertindak atas maklumat diterima, pasukan bomba daripada Balai Bomba dan Penyelamat Seri Menanti seramai 6 orang telah bergegas ke lokasi kejadian dengan menaiki jentera FRT sejurus panggilan diterima.
Komander Operasi, Norhirwan Zainal berkata, hasil pemeriksaan di lokasi mengenal pasti dua buah kenderaan milik pendaki yang diletakkan di kaki gunung.
“Pencarian berjaya menemukan semua pendaki dalam keadaan selamat dan telah dibenarkan pulang,” katanya.
Platform | Pautan |
---|---|
Malaysia Tribune | |
X | @malaysiatribune |
@malaysiatribune | |
Threads | @malaysia.tribune |
Youtube | Malaysia Tribune |
TikTok | Malaysia Tribune |
Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
Telegram | Malaysia Tribune |