Berita SemasaLuar Negara

Enam maut selepas gempa bumi landa Jepun

TOKYO – Sekurang-kurangnya enam terbunuh selepas gempa bumi kuat melanda Jepun pada hari tahun baharu, semalam.

Memetik laporan Reuters, polis dan pihak berkuasa tempatan melaporkan, sejumlah mayat sudah dikeluarkan dari runtuhan bangunan pada awal hari ini.

Gempa bumi dengan magnitud awal 7.6 pada tengah hari itu memusnahkan bangunan, memutuskan bekalan elektrik puluhan ribu kediaman dan mendorong penduduk di beberapa kawasan pantai melarikan diri ke kawasan yang lebih tinggi.

Seorang lelaki warga emas disahkan meninggal dunia selepas sebuah bangunan runtuh di bandar Shika, Ishikawa, lapor stesen penyiaran NTV memetik polis tempatan.

Kyodo News melaporkan empat kematian di Ishikawa, memetik Pasukan Pengurusan Krisis Wilayah, termasuk seorang lelaki dan wanita berusia 50an, seorang kanak-kanak lelaki dan seorang lelaki berusia 70an.

Selain itu, akhbar Asahi melaporkan, seorang lelaki berusia 90an dikeluarkan dari runtuhan bangunan dan dibawa ke hospital, namun disahkan meninggal dunia.

Perdana Menteri Jepun, Fumio Kishida memaklumkan kepada pemberita pada lewat semalam, sukar bagi pasukan mencari dan menyelamat untuk sampai ke kawasan yang paling teruk terjejas berikutan jalan tersekat.

Kerajaan Jepun berkata, setakat malam tadi, lebih 97,000 penduduk di sembilan wilayah di pantai barat pulau utama Honshu diarahkan untuk berpindah.

Dalam pada itu, hampir 33,000 isi rumah tinggal di rumah masing-masing tanpa bekalan elektrik di wilayah Ishikawa pada awal pagi hari ini, menurut laman web Hokuriku Electric Power.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button