
Empat treler musnah dalam kebakaran bengkel di Cyberjaya
CYBERJAYA – Empat buah treler musnah dalam satu insiden kebakaran yang berlaku di sebuah bengkel di Jalan Utama D’Alpinia, di sini, semalam.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 9.48 malam.
“Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Cyberjaya digerakkan ke lokasi sebaik menerima maklumat kejadian,” katanya dalam kenyataan semalam.
Menurut beliau, ketika kejadian kesemua treler terlibat diparkir di dalam kawasan bengkel terbabit dan tiada mangsa dilaporkan terlibat.
“Kebakaran melibatkan empat treler yang masing-masing musnah hampir 95 peratus. Api berjaya dikawal pada pukul 10.15 malam dan kerja-kerja pemadaman masih diteruskan oleh anggota di lokasi,” katanya.
Operasi turut disertai 25 anggota bomba daripada BBP Cyberjaya dengan bantuan pasukan dari BBP Puchong dan BBP Seri Kembangan.
Platform | Pautan |
---|---|
Malaysia Tribune | |
X | @malaysiatribune |
@malaysiatribune | |
Threads | @malaysia.tribune |
Youtube | Malaysia Tribune |
TikTok | Malaysia Tribune |
Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
Telegram | Malaysia Tribune |