BERITA SEMASA

Empat pelajar Malaysia di Jordan cedera dalam kemalangan

JOHOR BAHRU – Empat pelajar Malaysia di Universiti Mu’tah, Jordan, cedera selepas terbabit dalam satu kemalangan, kelmarin.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Johor, Mohd Fared Mohd Khaled, dua daripada pelajar berkenaan adalah dari Johor.

Katanya, mereka adalah pelajar Tahun Pertama pengajian Fiqh Wa Usul di universiti berkenaan.

“Saya mendapat maklumat daripada Atase Pendidikan Johor di Kedutaan Mesir bahawa empat pelajar Malaysia, dengan dua daripadanya berasal dari Johor, terlibat dalam kemalangan di Jordan.

“Dua lagi pelajar yang terbabit dalam kemalangan jalan raya itu berasal dari Selangor dan Wilayah Persekutuan.

“Dua pelajar Johor yang terbabit kemalangan itu ialah Muhammad Zakwan Azhar Masjudin dan Muhammad Ilham Dzurllkanian@Zulkarnian,” katanya dalam satu hantaran di akaun Facebook miliknya, hari ini.

Tambahnya, kedua-dua pelajar Johor serta seorang lagi pelajar dari Selangor, dilaporkan dalam keadaan stabil.

“Bagaimanapun, seorang pelajar yang berasal dari Wilayah Persekutuan masih dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) sebuah hospital di Jordan.

“Marilah kita doakan keempat-empat pelajar ini kembali pulih dan sihat seterusnya dapat meneruskan pengajian mereka, Amin,” katanya lagi.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button