BERITA SEMASA

Empat bilik asrama MRSM Kota Putra musnah dalam kebakaran

BESUT – Empat bilik asrama Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Kota Putra di sini, musnah dalam satu kebakaran, malam tadi.

Menurut Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Besut, Muhammad Azrul Izzham Zulkifli, kebakaran di tingkat satu bangunan itu yang berlaku kira-kira pukul 10.44 malam, pada mulanya cuba dipadamkan oleh pelajar dan pengurusan MRSM Kota Putra tetapi gagal.

“Sebaliknya api kebakaran semakin marak sebelum mereka menghubungi pihak berkuasa.

“Berikutan itu, seramai 20 anggota bomba dengan kekuatan dua jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Besut dan Jerteh dihantar ke lokasi kejadian,” katanya, hari ini.

Sebaik pasukan bomba tiba ke lokasi kejadian, katanya, kesemua penghuni bilik asrama berkenaan iaitu seramai 58 pelajar lelaki telah selamat dipastikan keluar dari bangunan asrama berkenaan.
Beliau berkata, api kebakaran berjaya dikawal sebelum dipadamkan sepenuhnya dalam tempoh kira-kira sejam 40 minit.

“Kami terpaksa memecahkan siling bangunan bagi memastikan api kebakaran dapat dipadamkan sepenuhnya terutama pada bahagian bumbung,” katanya.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button