BERITA SEMASA

Elak beri ancaman kepada rakyat, PTE akan diselaraskan – PM

PUTRAJAYA – Pusat Teknikal Empangan dan Infrastruktur Air (PTE) akan diselaraskan bagi mengurangkan risiko bencana berkaitan dengan kegagalan empangan yang memberi ancaman kepada rakyat.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, sehubungan itu pegawai-pegawai yang berpengalaman merentas kepakaran untuk melaksanakan pengawasan dan pemeriksaan daripada aspek keselamatan dan teknikal empangan secara berpusat akan ditempatkan di pusat tersebut.

“Kerajaan juga mengambil perhatian serius terhadap isu-isu pencemaran air dan saya telah mengarahkan semua jabatan dan agensi di peringkat Persekutuan untuk memantau dan mengambil tindakan sewajarnya dengan kerjasama kerajaan negeri berdasarkan Laporan Status Kualiti Air Sungai Negara,” katanya.

Terdahulu Anwar mempengerusikan Mesyuarat Majlis Air Negara Ke-5 (MAN 5) di sini hari ini.

Datuk Seri Anwar Ibrahim mempengerusikan Mesyuarat Majlis Air Negara Ke-5 (MAN 5) di sini hari ini.

Mesyuarat itu merupakan platform penting di antara Kerajaan Persekutuan dan negeri yang bertanggungjawab menetapkan dasar, hala tuju dan pendekatan berhubung dengan pengurusan dan pembangunan air negara.

Dalam pada itu, Anwar berkata, kerajaan juga komited untuk terus memperkasa pengurusan air negara melalui Dasar Air Negara bersama sesi libat urus kerajaan negeri yang akan dilaksanakan sebelum dasar ini dimuktamadkan.

Pada masa sama, Anwar juga menyinggung mengenai keperluan untuk mengimbangi ketersediaan serta keperluan air negara dengan menguruskan sumber air dengan lebih efektif berdasarkan prinsip tatakelola yang terbaik.

Katanya, ia supaya boleh digunakan secara optimum bagi memenuhi keperluan rakyat.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button