Ekonomi pesat, pelaburan melonjak bukti kejayaan reformasi MADANI
KOTA KINABALU – Kekuatan negara hanya dapat dibina melalui penyatuan seluruh rakyat tanpa mengira kaum dan wilayah, selari dengan roh pentadbiran Kerajaan MADANI yang kini menunjukkan pencapaian memberangsangkan.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim
berkata, perkembangan ekonomi yang pesat, lonjakan pelaburan, pengukuhan ringgit serta keyakinan semula masyarakat dan pemimpin dunia terhadap Malaysia adalah manifestasi kejayaan usaha reformasi yang sedang dilaksanakan.
“Lebih penting, segala hasil dipulangkan kembali kepada rakyat,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Menurut Perdana Menteri, kerajaan menyalurkan sehingga RM17 bilion kepada Sabah bagi menyelesaikan masalah asas yang berlarutan sekian lama, termasuk isu air, elektrik dan jalan raya.
Beliau memaklumkan, sebanyak RM1.2 bilion telah diperuntukkan bagi menangani isu bekalan elektrik di negeri itu meskipun pengurusan elektrik terletak di bawah Kerajaan Negeri.
Selain itu, lebih RM1 bilion diperuntukkan sejak tahun lalu bagi memastikan rakyat menerima bekalan air bersih, manakala RM2 bilion digerakkan melalui Projek Sambungan Kabel Dasar Laut MADANI (SALAM) yang melibatkan laluan ke Tuaran, Kudat, Pulau Banggi, Sandakan dan Tawau bagi memperkukuh ketersambungan internet.
“Kita tidak bercakap kosong, tetapi membuktikan dengan tindakan. Kita akan terus bekerja lebih keras untuk mengangkat martabat rakyat dan negeri ini dengan hasil yang boleh dirasai bersama,” katanya.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |






