
e.MAS 7: Proton pacu Malaysia ke era mobiliti rendah karbon – PM
KUALA LUMPUR – Pelancaran kereta elektrik (EV) sulung keluaran Proton, iaitu e.MAS 7 menandakan detik penting bagi industri automotif negara, sekali gus memacu Malaysia ke era baharu mobiliti rendah karbon.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, sinergi rakan atau kerjasama strategik, seperti yang terjalin antara syarikat DRB-HICOM dan GEELY, menjadi bukti bahawa Malaysia merupakan sebuah negara yang mengamalkan perdagangan bebas.
“Negara berusaha untuk beralih kepada ekonomi berpendapatan dan berteknologi tinggi dengan menyediakan barangan bernilai tinggi untuk rantau ini serta seluruh dunia,” katanya dalam satu kenyataan di Facebook milik beliau semalam.
Terdahulu, Anwar yang juga Menteri Kewangan merasmikan Majlis Pelancaran Model Kenderaan Elektrik (EV) pertama Malaysia di Pusat Pameran dan Dagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC), di sini semalam.
Dalam pada itu, Perdana Menteri turut mengumumkan Proton e.MAS 7 akan digunakan semasa acara-acara rasmi sepanjang ASEAN 2025.
“Langkah ini sekali gus menonjolkan usaha Malaysia dalam mempromosikan pembangunan EV dan komitmen ke atas Karbon Sifar Bersih 2025,” ujar beliau lagi.
Sebagai rekod, Proton e.MAS 7 ditawarkan pada harga bermula RM109,800 bagi varian Prime, manakala bagi varian e.MAS 7 Premium, ia ditawarkan pada harga bermula RM123,800 dan kedua-duanya hadir dengan lima pilihan warna.
Platform | Pautan |
---|---|
Malaysia Tribune | |
X | @malaysiatribune |
@malaysiatribune | |
Threads | @malaysia.tribune |
Youtube | Malaysia Tribune |
TikTok | Malaysia Tribune |
Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
Telegram | Malaysia Tribune |