BERITA SEMASA

DUN Nenggiri: SPR adakan mesyuarat khas 28 Jun ini

PUTRAJAYA – Satu Mesyuarat Khas Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri, Kelantan akan diadakan pada 28 Jun ini bagi membincangkan pelaksanaan pilihan raya tersebut selepas menerima kekosongan luar jangka kerusi itu.

Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Ikmalrudin Ishak berkata, ia selepas pihaknya menerima pemakluman rasmi daripada Speaker DUN Kelantan, Datuk Seri Mohd Amar Abdullah.

“Satu sidang media akan diadakan sejurus selepas mesyuarat khas tersebut,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Pagi tadi Mohd Amar mengumumkan kekosongan kerusi itu berikutan penyandangnya Mohd Azizi Abu Naim telah hilang keahlian BERSATU pada 13 Jun lalu.

Sementara itu Ikmalrudin berkata, sebagaimana diperuntukkan di bawah Fasal (3) Perkara 31A Undang-Undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Kelantan,
kekosongan luar jangka tersebut hendaklah diisi dalam tempoh 60 hari dari tarikh SPR menerima pemakluman tersebut.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button