
‘Dummy buckle’ diisytihar barang dilarang import mulai 31 Dis
CYBERJAYA – ‘Dummy buckle’ atau alat penyah aktif penggera tali pinggang keledar diisytiharkan sebagai barangan dilarang import mulai 31 Dis ini.
Larangan itu diumumkan melalui Perintah Kastam (Larangan Mengenai Import) (Pindaan) (No. 2) 2025 dalam warta persekutuan.
Perintah itu melarang pengimportan “dummy buckle, penyah aktif penggera tali pinggang keledar, pemanjang klip tali pinggang keledar atau sebarang aksesori atau peranti lain serupa.
Alat itu berfungsi untuk “menyah aktif atau memintas peringatan keselamatan dan menyebabkan mekanisme tali pinggang keledar tidak berfungsi” apabila dimasukkan ke dalam slot tali pinggang keledar.
Kementerian Pengangkutan sebelum ini dilaporkan sebagai berkata, pihaknya sedang berbincang dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) untuk melaksanakan larangan ke atas alatan tersebut kerana bimbang penggunaan meluasnya dalam menghentikan penggera tali pinggang keledar sekaligus meningkatkan risiko terhadap pengguna kenderaan.
Sepanjang operasi khas Tahun Baharu Cina di Negeri Sembilan, pihak berkuasa mendapati, 30 peratus daripada 195 pesalah yang tidak memakai tali pinggang keledar menggunakan ‘dummy buckle’ untuk mengelak penggera daripada berbunyi.
Platform | Pautan |
---|---|
Malaysia Tribune | |
X | @malaysiatribune |
@malaysiatribune | |
Threads | @malaysia.tribune |
Youtube | Malaysia Tribune |
TikTok | Malaysia Tribune |
Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
Telegram | Malaysia Tribune |