Dua warga emas maut nahas bertembung pacuan empat roda di Slim River
SLIM RIVER – Dua warga emas berusia 73 tahun maut selepas kenderaan yang dinaiki mereka bertembung dengan sebuah kenderaan pacuan empat roda jenis Toyota Hilux di Jalan Kampung Kuala Slim, semalam.
Menurut Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, kejadian berlaku pada pukul 8.19 malam dan kedua-dua mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.
“Pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Slim River telah digerakkan ke lokasi dengan kekuatan lapan anggota bersama sebuah jentera FRT dan satu unit EMRS,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Menurut kenyataan itu, kemalangan turut melibatkan lima individu warga Sri Lanka yang berada dalam kenderaan Hilux tersebut.
“Pemandu dan empat penumpang warga asing mengalami kecederaan ringan,” katanya lagi.
Tambah kenyataan itu, ketua operasi telah mengarahkan anggota untuk mengeluarkan mangsa yang maut dan menyerahkan mereka kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |






