BERITA SEMASA

Dua rumah, empat kenderaan musnah dalam kebakaran di Putatan

PUTATAN – Dua rumah dan empat kenderaan musnah dalam kebakaran yang berlaku di Jalan Bukit Vor, di sini, tengah malam tadi.

Kejadian yang berlaku pada pukul 12.50 tengah malam itu menyaksikan kesemua penghuni dua rumah berkenaan berjaya menyelamatkan diri.

Menurut Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 12.59 tengah malam dan mengerahkan sepasukan tujuh anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Putatan bersama 22 anggota BBP Kota Kinabalu dan Penampang serta lapan jentera ke lokasi kejadian.

“Kebakaran melibatkan dua rumah jenis separuh kekal yang terbakar sepenuhnya. Selain itu, empat kenderaan terbakar sepenuhnya termasuk sebuah Perodua Alza, Ford Fiesta dan dua buah motosikal.

“Dua lagi kenderaan jenis Mercedes Benz dan Isuzu D-Max musnah 50 dan 15 peratus,” kata kenyataan itu.

Api berjaya dikawal pada pukul 1.33 pagi namun punca kebakaran dan anggaran kerugian masih dalam siasatan.

Maklumat lanjut akan dikemaskini dari semasa ke semasa.

Beliau berkata, pihaknya juga melakukan pemeriksaan untuk memastikan tiada bahaya lain sebelum operasi ditamatkan pada pukul 5.27 pagi.

Sementara itu, pemilik rumah, Muhammad Abdu Abdul Rahman mengimbas detik cemas tersebut berkata, mujur ahli keluarganya yang berjumlah tujuh orang sempat menyelamatkan diri.

Mereka kini ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Dewan Sri Putatan.

“Saya terjaga pada pukul 1 pagi apabila isteri saya mengejutkan saya. Bau asap kuat dalam bilik dan apabila saya membuka pintu, saya nampak siling bilik menghadap dapur sudah terbakar.

“Saya cuba memadamkan api tetapi tidak berjaya masuk ke dapur. Pintu belakang pun tidak dapat dibuka,” ujarnya.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button