AUTOMOTIF & TEKNOLOGIBERITA SEMASA

Dua pereka Malaysia diiktiraf pakar Canva bertauliah

LOS ANGELES – Dua rakyat Malaysia mencipta kejutan apabila diiktiraf sebagai pakar bertauliah bagi platform reka bentuk digital paling popular, Canva.

Dr. Mohammad Tazli Azizan dan Brandon Liau diumum sebagai Canva Verified Experts (CVE), ketika hadir dalam acara global berprestij, Canva Create 2025 yang berlangsung di Los Angeles, Amerika Syarikat baru-baru ini.

Lebih membanggakan, mereka adalah antara 46 individu yang mendapat pengiktirafan CVE daripada lebih sejuta pengguna aktif Canva di seluruh dunia.

Dr. Tazli dan Brandon merupakan antara 46 individu dari seluruh dunia yang menerima pengiktirafan tersebut. 

Acara tahunan yang dinanti-nantikan ini menyaksikan pelancaran Visual Suite 2.0, satu revolusi dalam dunia reka bentuk digital yang menyatukan keupayaan reka bentuk, persembahan, analisis data, pembangunan laman web, kod interaktif dan kecerdasan buatan (AI) dalam satu platform bersepadu.

“Ini bukan sekadar pelancaran produk tetapi ia adalah peristiwa bersejarah yang membentuk masa depan reka bentuk visual.

“Kami amat berbangga dapat membawa suara Malaysia ke peringkat global,” kata Dr. Tazli, pengasas bersama Skolar Malaysia dan profesor madya di Universiti Brunei Darussalam.

Sementara itu, Brandon Liau atau lebih dikenali sebagai Don Skolar turut meluahkan rasa teruja terhadap peluang besar yang diraih.

Acara berprestij itu turut menghimpunkan pakar industri dari seluruh dunia, menawarkan platform eksklusif untuk berkongsi ilmu, memperkasa jaringan kerjasama global serta meneroka hala tuju masa depan dunia reka bentuk digital.

“Sebagai pendidik dan pereka profesional dari Malaysia, kami mahu membawa pulang inspirasi, idea dan teknologi terkini untuk dimanfaatkan oleh komuniti tempatan,” katanya.

Penyertaan dua figura itu bukan sahaja menjadi lambang keupayaan rakyat Malaysia dalam bidang teknologi kreatif, malah memperkukuhkan peranan negara dalam inovasi pendidikan dan pembangunan reka bentuk visual berasaskan AI.

Canva Create 2025 turut menghimpunkan pakar industri dari seluruh dunia, menawarkan platform eksklusif untuk berkongsi ilmu, memperkasa jaringan kerjasama global serta meneroka hala tuju masa depan dunia reka bentuk digital.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button