
Dua maut dalam tembakan majlis hari jadi di Hatyai
SONGKHLA – Majlis sambutan hari jadi seorang kanak-kanak lelaki di sebuah restoran di daerah Hatyai bertukar tragedi apabila kedua ibu-bapanya maut terkena tembakan seorang pelanggan mabuk.
Insiden tembakan di Restoran Khrua Paowana di Jalan Nuan Kaew Uthit itu berlaku selepas suspek lelaki, Akarapon Pamchamnong, 50, bergaduh dengan salah seorang pelayan restoran berkenaan.
Kenyataan polis daerah mendedahkan, suspek yang merupakan seorang sukarelawan pertahanan tiba di restoran berkenaan untuk minum dan meninggalkan mejanya seketika untuk merokok di tepi jalan.
Seorang pelayan yang menyangkakan suspek telah beredar kemudian telah membersihkan meja dan mengangkat minumannya sehingga tercetus perbalahanan dengan pelayan dan pemilik restoran.
Suspek kemudian beredar dan kembali semula ke restoran lalu melepaskan tembakan kepada orang ramai.
Dua pelanggan yang maut dalam insiden tersebut dikenali sebagai Sitthipong Siriphan, 48, dan isterinya Orachon Ieankham, 45, yang kedua-duanya ditembak di kepala.
Kedua-dua mereka berada di restoran tersebut bagi menyambut hari lahir anak lelakinya berusia 12 tahun.

Dua lagi individu yang cedera adalah pemilik restoran, Paowana Uttha, 46, akibat terkena tembakan di kepala manakala seorang lagi pelanggan, Suriya Supradit, 42, cedera di lengan kanan akibat tembakan.
Suspek yang melepaskan lapan tembakan peluru 9mm itu akhirnya menyerah diri kepada pihak polis.
Rakyat Malaysia yang ingin melancong ke Hatyai diminta berhati-hati dengan keadaan keselamatan di selatan Thailand.
-Video insiden ini boleh ditonton di Instagram Malaysia Tribune.
Platform | Pautan |
---|---|
Malaysia Tribune | |
X | @malaysiatribune |
@malaysiatribune | |
Threads | @malaysia.tribune |
Youtube | Malaysia Tribune |
TikTok | Malaysia Tribune |
Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
Telegram | Malaysia Tribune |