BERITA SEMASA

Dua maut dalam nahas kereta bertembung bas kilang

MUAR – Dua lelaki maut dalam satu kemalangan tragis melibatkan sebuah kereta jenis Perodua Axia dan sebuah bas kilang di Jalan Salleh-Bukit Pasir, awal pagi tadi.

Mangsa yang terkorban dikenali sebagai Muhammad Nur Aiman Azharry, 21, dan Amar Jazli Yusof, 26.

Kedua-duanya meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah selepas kenderaan yang mereka naiki bertembung dengan bas terbabit.

Menurut Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Muar, Muhammad Fazli Mat Jinin, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 6.18 pagi sebelum menggerakkan seramai 11 anggota bersama sebuah jentera ke tempat kejadian.

“Sebaik tiba, pasukan kami mendapati kemalangan melibatkan sebuah kereta dan bas kilang yang membawa 30 pekerja. Kedua-dua mangsa, iaitu pemandu dan penumpang kereta, didapati tersepit di tempat duduk masing-masing.

“Pasukan penyelamat menggunakan peralatan khas untuk mengeluarkan mangsa sebelum mereka disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan,” katanya dalam kenyataan.

Tambahnya lagi, pemandu bas berusia 49 tahun serta kesemua penumpang tidak mengalami sebarang kecederaan.

Kes kini diserahkan kepada pihak polis untuk siasatan lanjut.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
PlatformPautan
FacebookMalaysia Tribune
X@malaysiatribune
Instagram@malaysiatribune
Threads@malaysia.tribune
YoutubeMalaysia Tribune
TikTokMalaysia Tribune
Whatsapp ChannelMalaysia Tribune
TelegramMalaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button