BERITA SEMASA

Dua maut, 16 cedera dalam nahas bas persiaran dan dua lori

BATU PAHAT – Dua penumpang bas persiaran maut manakala 16 lagi cedera selepas kenderaan dinaiki mereka terbabit dalam kemalangan melibatkan dua buah lori di Kilometer 80.7 Lebuhraya Utara-Selatan arah selatan berhampiran Ayer Hitam, malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 12.30 tengah malam itu, bas yang membawa 45 penumpang dilaporkan berlanggar dengan sebuah lori tangki dan lori tunda.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ayer Hitam, Md Isa Masngun berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 12.44 tengah malam sebelum sepasukan tujuh anggota bersama jentera dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Sebaik tiba, didapati kemalangan melibatkan tiga kenderaan iaitu sebuah bas persiaran membawa 46 individu termasuk pemandu serta dua buah lori.

“Dua penumpang bas disahkan maut di tempat kejadian, manakala 16 lagi mengalami kecederaan pelbagai tahap,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah beliau, pemandu kedua-dua lori terbabit dilaporkan tidak mengalami sebarang kecederaan serius.

Operasi menyelamat dan pembersihan lokasi dikendalikan oleh pasukan bomba dengan bantuan polis dan pasukan perubatan bagi memastikan laluan lebuh raya kembali lancar.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Batu Pahat untuk proses bedah siasat, manakala mangsa cedera menerima rawatan di hospital sama.

Punca kejadian masih dalam siasatan pihak berkuasa.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button