
Dua mangsa terakhir tragedi kepala air ditemukan
BIDOR – Dua mangsa terakhir tragedi kepala air di Sungai Kenjur dekat Kampung Poh di sini ditemukan pagi ini.
Mayat mangsa disahkan sebagai Hanna Mikayla, 7, dan Hanum Marissa, 2, yang merupakan anak kepada mangsa ditemukan terdahulu, Aszura Bani, 37 dan anak lelakinya yang berusia 4 tahun, Hafiy Muhayat.
Ketua Polis Daerah Tapah, Superitendan Mohd Naik Asnawi berkata, mangsa ditemukan pasukan mencari dan menyelamat (SAR) pada pukul 9 pagi dan 9.10 pagi ini.
Beliau berkata, kedua-dua mayat dibawa ke Hospital Tapah untuk bedah siasat.

Dalam kejadian semalam, enam sekeluarga termasuk seorang pembantu rumah dan ibu saudara kepada tiga kanak-kanak malang itu terperangkap sewaktu sedang berkelah di tepi sungai berkenaan kira-kira pukul 4 petang.
Dalam kejadian itu, Aszura ditemukan lemas manakala tiga anaknya hanyut di sungai berkenaan.
Pencarian penduduk pada malam tadi berjaya menemukan Hafiy Muhayat yang ditemui di dasar sungai berdekatan sebatang pokok tumbang.
Mohd Naik berkata, operasi SAR hari ini bermula pada pukul 8.00 pagi melibatkan 107 orang anggota yang dibahagikan kepada empat pasukan.
Platform | Pautan |
---|---|
Malaysia Tribune | |
X | @malaysiatribune |
@malaysiatribune | |
Threads | @malaysia.tribune |
Youtube | Malaysia Tribune |
TikTok | Malaysia Tribune |
Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
Telegram | Malaysia Tribune |