Berita Semasa

Dua mangsa kebakaran gudang di Iskandar Puteri meninggal dunia

ISKANDAR PUTERI – Dua warga Bangladesh yang cedera dalam kebakaran membabitkan empat gudang di Kawasan Perindustrian SILC pada Khamis lalu, disahkan meninggal dunia lewat petang kelmarin dan seorang lagi semalam.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner M Kumarasan berkata, mangsa pertama meninggal dunia sekitar pukul 10 malam, manakala mangsa kedua menghembuskan nafas terakhir kira-kira pukul 2.15 pagi.

“Hasil bedah siasat menunjukkan kedua-dua mangsa yang berusia dalam lingkungan 30 hingga 40 tahun meninggal dunia akibat kecederaan teruk akibat terbakar atau ‘severe burn injury’,” katanya menerusi kenyataan yang dikeluarkan malam tadi.

Dalam kejadian Khamis lalu, empat gudang yang digunakan untuk penyimpanan barangan termasuk dua gudang yang dipercayai menyimpan bahan ‘thinner’ terbakar, mengakibatkan tiga pekerja warga asing cedera dan dikejarkan ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) untuk rawatan lanjut.

Kebakaran itu memusnahkan kira-kira 80 peratus daripada tiga struktur gudang, manakala sebuah lagi mengalami kerosakan sebanyak 10 peratus.

Pihak berkuasa kini sedang menjalankan siasatan lanjut berhubung insiden tersebut.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button