BERITA SEMASA

Dua lagi jemaah Malaysia meninggal dunia di Mekah

MEKAH – Dua lagi jemaah haji Malaysia dilaporkan meninggal dunia di Hospital King Abdullah, Mekah, menjadikan jumlah keseluruhan kematian setakat ini meningkat kepada tujuh orang.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata, jemaah keenam yang meninggal dunia dikenali sebagai Siti Hawa Ibrahim, 64, dari Terengganu yang menginap di Hotel Land Premium.

Beliau berkata, Allahyarhamah disahkan meninggal dunia pada pukul 9.32 malam semalam akibat serangan jantung.

“Sementara itu, kematian ketujuh membabitkan Abdul Halim Awang, 76, dari Alor Setar, Kedah, yang menginap di Al Fajar Al Badae 5.

“Beliau disahkan meninggal dunia pada pukul 2.45 pagi tadi akibat jangkitan kuman dan kegagalan organ, katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dalam pada itu katanya, kedua-dua jemaah menghembuskan nafas terakhir di Hospital King Abdullah dan waris masing-masing telah dimaklumkan.

Menurut beliau, pihak Lembaga Tabung Haji (TH) akan menguruskan segala perkara berkaitan termasuk urusan pengebumian di tanah suci.

“Kita doakan semoga roh kedua-dua Allahyarham dan Allahyarhamah dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman,” katanya.

Sementara itu Mohd Na’im turut mengucapkan takziah kepada seluruh waris kedua-dua jemaah sama ada yang berada di Mekah atau di tanah air.

Setakat ini, kesemua tujuh kematian jemaah haji Malaysia direkodkan berlaku di Mekah.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button