Berita SemasaDalam Negeri

Dua kanak-kanak terkena renjatan elektrik di padang PPj

PUTRAJAYA – Dua beradik mengalami insiden mengejutkan apabila terkena renjatan elektrik ketika bermain di sebuah padang permainan di bawah seliaan Perbadanan Putrajaya (PPj) kelmarin.

Menerusi satu hantaran di Facebook, ibu kanak-kanak tersebut, Siti Nadia Razalee berkongsi perkara itu.

“Kedua anakanda kami telah terkena renjatan elektrik di padang PPj ketika bermain di situ. Ia berlaku dalam sekelip mata dengan pemantauan kami yang berada dekat dengan anak-anak.

Gambar yang dimuat naik wanita itu mengenai keadaan di kawasan padang tersebut sehari selepas kejadian.

“Alhamdulillah, kakak hanya terkena sedikit renjatan ketika memegang dan ingin menolong adiknya yang tengah ‘kejung’ akibat renjatan,” katanya.

Menurut Siti Nadia lagi, anak bongsu mereka yang mengalami kesan renjatan yang lebih serius kini stabil selepas menjalani pembedahan pertama di Hospital Putrajaya.

“Sekarang adik masih dalam pemantauan rapi di Hospital Putrajaya dan dijadualkan untuk menjalani satu lagi prosedur pembedahan plastik bagi merawat kesan melecur di jari.

“Prosedur tersebut mungkin melibatkan pemindahan kulit dari bahagian paha untuk menampal semula kawasan yang terjejas,” jelasnya lagi.

Dalam pada itu, beliau juga berharap pihak PPj mengambil serius aduan yang telah dikemukakan.

“Doakan kesembuhan anakanda kami dan kami kuat untuk terima ujian Allah di bulan Ramadan yang baik ini, lebih-lebih lagi menjelang Aidilfitri yang bakal tiba,” ujarnya.

Sementara itu, usaha Malaysia Tribune untuk mendapatkan komen daripada pihak PPj berhubung insiden tersebut masih belum berhasil.

“Kami akan update kemudian,” kata seorang pegawai media PPj.

Orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa berwaspada terhadap persekitaran ketika membawa anak-anak bermain di tempat awam bagi mengelakkan kejadian seumpama itu berulang.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button