
Dua anggota URB direman, disyaki minta rasuah RM1,500
GEORGETOWN – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pulau Pinang menahan dua anggota polis unit rondaan bermotosikal (URB) kerana disyaki meminta dan menerima rasuah berjumlah RM1,500 daripada dua lelaki yang terlibat dalam kes pengedaran dadah di Bayan Lepas.
Perintah tahanan reman selama enam hari hingga 25 April dikeluarkan Majistret Siti Nurul Suhaila Baharin di Mahkamah Majistret Georgetown, hari ini.
Menurut sumber SPRM, kedua-dua suspek yang berusia lingkungan 20-an dan 30-an didakwa meminta wang rasuah selepas menahan dua lelaki yang sebelum itu diberkas penduduk di sebuah pangsapuri kerana disyaki mengedar dadah.
“Salah seorang anggota meminta RM1,500 untuk tidak mengambil tindakan lanjut. Sebagai bayaran awal, mangsa membuat pindahan RM200 melalui e-wallet, manakala sebuah motosikal diminta sebagai cagaran untuk baki RM1,300,” katanya.
Salah seorang mangsa kemudian membuat laporan kepada SPRM Pulau Pinang, membawa kepada penahanan dua anggota terbabit antara pukul 7.30 hingga 9 malam tadi.
Pengarah SPRM negeri, Datuk Mohd Fuad Bee Basrah mengesahkan penahanan itu dan berkata kes disiasat di bawah Seksyen 19(a) Akta SPRM 2009.
Platform | Pautan |
---|---|
Malaysia Tribune | |
X | @malaysiatribune |
@malaysiatribune | |
Threads | @malaysia.tribune |
Youtube | Malaysia Tribune |
TikTok | Malaysia Tribune |
Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
Telegram | Malaysia Tribune |