Berita SemasaLuar Negara

Dron berteknologi rendah Hizbullah berjaya bantai Israel

TEL AVIV – Hizbullah mengaku bertanggungjawab atas serangan terbaru menggunakan dron yang mencederakan kira-kira 60 penduduk Israel di Binyamina, utara negara haram berkenaan.

Dalam satu kenyataan dikeluarkan pejabat media Hizbullah, serangan udara itu menyebabkan ramai cedera termasuk parah akibat serangan itu.

Mangsa-mangsa yang cedera dibawa keluar menggunakan helikopter ke beberapa hospital untuk menerima rawatan.

Serangan menyasarkan kem latihan Angkatan Pertahanan Israel (IDF) Briged Golani, Tel Aviv dan Haifa.

Media tempatan melaporkan serangan menggunakan dron peringkat rendah itu berjaya melepasi sistem amaran keselamatan Israel sehingga ia tidak berjaya ditangkis.

Media Israel melaporkan 67 orang cedera dan empat parah dalam serangan itu.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button