Dr. Wan Azizah lawat mangsa kebakaran paip gas
SERDANG – Isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail melawat mangsa insiden kebakaran saluran paip gas di Hospital Sultan Idris Shah Serdang, hari ini.
Menerusi lawatan itu, Dr. Wan Azizah turut disambut Menteri Kesihatan, Datuk Dr. Dzulkefly bagi melawat 28 mangsa yang menerima rawatan di hospital tersebut.
Setakat 4 petang tadi, seramai 67 orang daripada keseluruhan 145 mangsa kebakaran saluran paip gas di Jalan Putra Harmoni, Putra Heights, masih menerima rawatan di empat hospital awam.
Dalam perkembangan lain, Perdana Menteri mengumumkan bantuan segera sebanyak RM5,000 bagi penduduk yang kehilangan kediaman akibat insiden letupan paip gas itu.
Selain itu, Anwar yang melakukan tinjauan di lokasi bencana berkenaan, hari ini turut mengumumkan bantuan sebanyak RM2,500 juga bakal diberikan bagi pemilik yang rosak kediamannya.
Tambah Perdana Menteri, kerajaan persekutuan, kerajaan negeri dan Petronas akan mengambil tanggungjawab memperbaiki dan memulih kawasan perumahan terjejas, namun ia dijangka mengambil masa.
Katanya lagi, tindakan terperinci bagi membantu mereka yang terjejas akan dibincangkan dengan semua agensi terbabit, termasuk wakil penduduk.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








