BERITA SEMASA

Dr. Jue: ‘Kita adalah apa yang kita makan, potong gula untuk cegah diabetes’

SHAH ALAM – Ramai tidak menyedari bahawa mereka berada dalam tahap pra-diabetes iaitu keadaan di mana tahap gula dalam darah lebih tinggi daripada biasa tetapi belum cukup tinggi untuk didiagnosis sebagai diabetes, kata Dr. Siti Juariah Kusni.

Menurut Dr. Siti Juariah atau lebih dikenali sebagai Dr. Jue, pra-diabetes adalah isyarat awal yang memberi amaran bahawa tubuh sedang menuju ke arah diabetes jika tiada tindakan pencegahan diambil.

“Ramai rakyat Malaysia yang tidak menyedari bahawa mereka telah menghidap pra-diabetes dan lebih teruk ada juga yang telah ada penyakit kencing manis tetapi mereka tidak sedar perkara itu.

“Justeru itu, saya sarankan kepada orang ramai di luar sana agar ‘cut off sugar’ iaitu potong gula terus bagi mengurangkan ketagihan mereka
terhadap gula dan langkah pencegahan diabetes.

“Boleh ambil buah seperti buah avokado kerana dulu avokado dianggap makanan yang tak bagus sebab lemaknya yang tinggi sedangkan epal lemak tiada tapi sebenarnya kita silap lemak yang tinggi (dalam avokado) itu yang bagus,” katanya.

Dr. Jue yang pemilik pusat rawatan kesihatan alternatif, D’Jue Wellness berkata demikian selepas mengadakan program seminar MYDJ (Manage Your Diabetic With Dr Jue) di sini baru-baru ini.

Dr. Jue menyarankan orang ramai melakukan ‘intermittent fasting’ dan melakukan bekam sebagai rawatan alternatif.

Seminar yang diadakan di Midlands Convention Center itu dilaksanakan bagi membantu pesakit diabetes menerusi perkongsian ilmu dan mendidik peserta amalan pemakanan dan penjagaan kesihatan yang betul.

Menurut Dr. Jue lagi, seramai lebih 800 peserta yang mempunyai pelbagai latar belakang penyakit menerima manfaat hasil program seminar kali keempat anjurannya itu.

“Saya tunjukkan juga senaman-senaman yang betul dan kalau kamu semua melakukan senaman yang tidak betul pun ia tidak membantu anda pun, malah boleh menyebabkan sakit anda lebih teruk.

“Kemudian, saya terangkan juga mengenai kebaikan berbekam kerana ramai yang menggangap ia sebagai rawatan kuno tetapi hakikatnya ia mampu membantu pesakit kencing manis kerana sudah ada kajian yang membuktikannya,” jelas beliau.

Peserta seminar MYDJ (Manage Your Diabetic With Dr. Jue), Dzolkarnain Hassan.

Peserta seminar, Dzolkarnain Hassan berkata, setelah hampir 20 tahun mengidap diabetes, dia lebih bersemangat untuk memulakan diet selepas mempelajari pelbagai perkara baharu daripada perkongsian Dr. Jue.

“Mula-mula saya rasa dengan gaya hidup aktif sudah cukup dengan tidak menjaga pemakanan sehinggalah doktor naikkan dos ubat dan insulin. Selepas mengenali Dr Jue di media sosial saya mula mempelajari banyak ilmu untuk ‘reverse’ diabetes,” katanya.

Dalam pada itu, mengulas mengenai trend pemakanan kanak-kanak masa ini, Dr. Jue menasihatkan agar ibu bapa perlu memainkan peranan penting dalam membentuk tabiat pemakanan sihat anak—anak mereka.

“Sebenarnya ibu bapa kena belajar sebab kalau tanpa ilmu mereka akan terus bagi anak-anak mereka makanan yang tidak berkhasiat.

“Itu sebabnya kita adakan seminar macam ni untuk ibu bapa belajar sebab kalau tidak apa yang akan terjadi dengan generasi akan datang.

“Ada yang umur 20 tahun dah pengsan di depan klinik saya, ada yang 30 tahun pun macam itu dan ada orang 36 tahun dia ada tekanan darah tinggi terus meninggal.

“Itu semua adalah daripada makanan sebab kita adalah apa yang kita makan dan apa yang kita makan. Oleh sebab itu, kalau kita sakit tanya diri sendiri apa yang makan semalam,” katanya lagi.

Bagi orang ranai yang berminat memyertai seminar ini atau mengetahui servis di D’Jue Wellness dengan lebih lanjut, boleh layari https://djuewellness.com/

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
PlatformPautan
FacebookMalaysia Tribune
X@malaysiatribune
Instagram@malaysiatribune
Threads@malaysia.tribune
YoutubeMalaysia Tribune
TikTokMalaysia Tribune
Whatsapp ChannelMalaysia Tribune
TelegramMalaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button