BERITA SEMASA

Dr Amalina timang anak kedua, namakan bayi Aurora

KUALA LUMPUR – Pakar bedah kelahiran Malaysia yang berpangkalan di United Kingdom (UK), Dr Amalina Che Bakri selamat melahirkan cahaya mata kedua baru-baru ini di sebuah hospital di negara tersebut.

Berita gembira itu dikongsikan sendiri oleh Dr Amalina menerusi media sosial, lengkap dengan beberapa keping foto beliau bersama suami dan bayi perempuannya yang dinamakan Aurora.

“Dulu bertiga, sekarang berempat. Kenalkan cinta hati terbaru kami, Aurora.

Arabella pun seronok sangat jadi kakak! Alhamdulillah,” tulisnya dalam hantaran tersebut.

Dr Amalina turut memuat naik gambar anak sulungnya, Arabella Mia, 3, bersama adik baharunya yang menurut beliau amat teruja menyambut kehadiran Aurora dalam keluarga mereka.

Rata-rata warga maya meluahkan rasa gembira dan mengucapkan tahniah atas kelahiran Aurora. Ada yang turut mendoakan agar kedua-dua anaknya membesar sebagai sahabat baik.

Tambahan info, Dr Amalina, 37, berkahwin dengan jejaka warga Britain, Alexander Charles pada 31 Mac 2021 dalam sebuah majlis tertutup di London.

Nama beliau mula menjadi inspirasi ramai apabila mencatat keputusan cemerlang 17A1 dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada tahun 2004.

Beliau kini merupakan Pakar Perubatan Pelatih Kanan di National Health Service (NHS) selain menyandang jawatan Felo Penyelidik PhD di Imperial College London.

Anak kelahiran Kota Bharu, Kelantan itu memiliki latar akademik cemerlang dengan Ijazah Sarjana Muda Perubatan dan Sains Bioperubatan dari University of Edinburgh; ijazah sarjana MPhil dalam bidang Perubatan Translasi dan Terapi dari Universiti Cambridge; serta Darzi Fellowship dalam Penyelidikan Klinikal di Imperial College London.

Beliau kini sedang melanjutkan pengajian di peringkat kedoktoran (PhD) dalam bidang perubatan.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button