BERITA SEMASA

Dokumentari khas Tun Abdullah akan disiar semula – Fahmi

KUALA LUMPUR – Kementerian Komunikasi akan menayangkan semula dokumentari khas serta profil pencapaian Allahyarham Tun Abdullah Ahmad Badawi sebagai usaha menghargai jasa dan legasi Perdana Menteri Kelima itu kepada negara.

Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil berkata, dokumentari berkenaan bertujuan memberi pendedahan kepada generasi muda mengenai sumbangan besar Allahyarham dalam menerajui pentadbiran negara.

“Saya akan minta supaya dokumentari dan profil pencapaian Tun Abdullah dapat disiarkan semula agar dapat menjadi tatapan serta pengajaran kepada generasi muda hari ini,” katanya selepas memberi penghormatan terakhir kepada jenazah Allahyarham di Masjid Negara, di sini hari ini.

Menurut beliau, Allahyarham disifatkan sebagai seorang tokoh negara yang bersikap rendah diri serta amat dekat di hati rakyat.

 

“Seperti yang disebut Perdana Menteri, Allahyarham ialah seorang warganegarawan yang membumi. Secara peribadi, saya turut bersedih atas pemergian beliau dan merakamkan ucapan takziah kepada seluruh ahli keluarga Allahyarham,” ujarnya.

Dalam pada itu, Fahmi turut menyatakan penghargaan atas perkenan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim yang membenarkan jenazah Allahyarham dikebumikan di Makam Pahlawan, sebagai penghormatan tertinggi negara kepada jasa beliau.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
PlatformPautan
FacebookMalaysia Tribune
X@malaysiatribune
Instagram@malaysiatribune
Threads@malaysia.tribune
YoutubeMalaysia Tribune
TikTokMalaysia Tribune
Whatsapp ChannelMalaysia Tribune
TelegramMalaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button