BERITA SEMASA

Dokumen terkini program TCG dimuat naik di portal LHDN

PUTRAJAYA – Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) telah mengemas kini dokumen berkaitan pelaksanaan Program Tadbir Urus Percukaian Korporat (TCG) di portal rasminya sebagai rujukan kepada para pembayar cukai.

Dalam kenyataannya, LHDN memaklumkan bahawa dokumen Rangka Kerja Tadbir Urus Percukaian Korporat (TCGF), Garis Panduan TCGF serta soalan lazim (FAQ) terkini kini boleh diakses menerusi laman sesawang www.hasil.gov.my.

Menurut kenyataan itu, pengemaskinian tersebut melibatkan penambahan kandungan berkaitan Rangka Kerja Kawalan Percukaian dan Pelaporan Tadbir Urus Percukaian, termasuk aspek kawalan serta pengurusan risiko yang lebih menyeluruh.

“Garis Panduan TCGF juga diselaraskan semula bagi memberi penekanan kepada pelaksanaan Program TCG secara menyeluruh, termasuk penjelasan mengenai pemantauan dan tanggungjawab peserta yang telah disahkan penyertaannya dalam program tersebut,” katanya lagi.

LHDN menjelaskan, pengemaskinian dokumen berkenaan adalah hasil daripada kajian terhadap amalan terbaik pelaksanaan TCG yang berkesan serta maklum balas daripada sesi libat urus bersama agensi kerajaan, organisasi berkaitan, pihak berkepentingan dan pengamal percukaian.

Program TCGF telah dilancarkan pada 1 Mac 2022 sebagai satu inisiatif bagi membentuk dan mengekalkan hubungan kerja yang lebih telus antara LHDN dan pembayar cukai, sekaligus memastikan proses pematuhan cukai yang lebih adil dan efisien.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
PlatformPautan
FacebookMalaysia Tribune
X@malaysiatribune
Instagram@malaysiatribune
Threads@malaysia.tribune
YoutubeMalaysia Tribune
TikTokMalaysia Tribune
Whatsapp ChannelMalaysia Tribune
TelegramMalaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button