BERITA SEMASA

Dokumen ditandatangani PM bukan pelupusan hutang peneroka tapi perjanjian sukuk berjaminan kerajaan – Marzuki

KUALA LUMPUR – Bekas Ketua Setiausaha Sulit kepada Pedana Menteri Kelapan, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Datuk Marzuki Mohamad mempersoalkan dokumen yang didedahkan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai perjanjian pelupusan RM8.3 bilion hutang peneroka FELDA.

Beliau berkata, dokumen tersebut bukan perjanjian pelupusan hutang peneroka FELDA, tetapi perjanjian mengenai sukuk berjaminan kerajaan yang diterbitkan secara berperingkat.

“Kabinet pada 14 Oktober 2020 ketika Tan Sri Muhyiddin sebagai Perdana Menteri telah meluluskan Pelan Pemulihan FELDA yang di dalamnya termasuklah pelupusan 80 peratus hutang peneroka FELDA berjumlah RM8.3 bilion.

“Penerbitan sukuk RM9.9 bilion secara berperingkat untuk tujuan pengambilalihan FGV dan penyelesaian hutang FELDA dengan Maybank dan KWSP dan penyediaan geran tahunan RM990 juta kepada FELDA oleh Kerajaan Persekutuan,” katanya hari ini.

Beliau menambah, dokumen yang disiarkan menerusi kenyataan media Perdana Menteri itu juga tidak membuktikan pelupusan hutang peneroka hanya dibuat pada bulan Jun 2023.

“Ia adalah berkenaan penerbitan sukuk berjaminan kerajaan yang memang merupakan sebahagian daripada keputusan Kabinet pada tahun 2020.

“Sesiapapun yang menjadi Menteri Kewangan mesti menandatangani dokumen ini. Seingat saya Tan Sri Muhyiddin tak pernah jadi Menteri Kewangan.

“Penyiaran dokumen ini mengesahkan telahan saya sebelum ini bahawa dokumen yang ditandatangani oleh Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan bukanlah perjanjian pelupusan hutang peneroka FELDA tetapi perjanjian berkaitan sukuk berjaminan kerajaan.

“Untuk mengelakkan keraguan mengenai keputusan Kabinet pada 14 Oktober 2020 yang telah melupuskan hutang peneroka FELDA, eloklah kerajaan “declassify” minit mesyuarat Kabinet tersebut untuk tatapan rakyat,” ujarnya.

Terdahulu Perdana Menteri mengemukakan dokumen perjanjian berkait pelupusan hutang peneroka Felda selepas didesak oleh Muhyiddin semalam.

Dokumen yang ditandatangani beliau itu merupakan sebahagian daripada dokumen Akaun Rizab Perkhidmatan Kewangan berkaitan perkara itu.

Dokumen tersebut ditandatangani oleh bekas Pengerusi Felda, Tan Sri Idris Jusoh; Pengarah Besarnya, Datuk Amiruddin Abdul Satar bersama-sama tandatangan Anwar selaku Menteri Kewangan.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button