
Doa buat adik Muhammad Riyadh
SEORANG bapa merayu orang ramai agar mendoakan anaknya, Muhammad Riyadh Mohd Rezal yang kini berada dalam keadaan kritikal selepas terjatuh dari balkoni tingkat empat rumahnya.
Melalui satu hantaran di Facebook, Mohd Rezal Ahmad memberitahu, anaknya perlu menjalani pembedahan akibat kecederaan yang dialami.

“Keadaan anak saya tidak berapa baik, perlu menjalani pembedahan segera untuk buang tempurung kepala. Saya difahamkan ada risiko yang perlu dihadapi.
“Allahu. Innalillahi wainna ilaihirajiun. Semoga dipermudahkan segala urusan dan semoga baik hendaknya. Semoga Allah menyembuhkan Muhammad Riyadh secepatnya dengan kesembuhan yang tiada sakit selepasnya,” tulis beliau semalam.
Sementara itu, dalam satu status awal pagi ini, Mohd Rezal memaklumkan anaknya telah selamat menjalani pembedahan kedua iaitu membuang tempurung kepalanya.

“Terima kasih semua yang tidak putus mendoakan Riyadh dan memberi kata-kata semangat buat saya dan isteri,” katanya.
Dalam pada itu, banyak komen yang menghujani siri hantaran Mohd Rezal mengenai perkembangan anaknya dan mendoakan yang terbaik buat keluarga tersebut.
“Semoga anakanda Muhammad Riyadh kembali pulih dan cepat sembuh. Amin,” tulis Caylea Norlia.
“Syukur alhamdulillah, bang kau boleh rehat kot. Dua malam dah ni. Kesihatan diri sendiri kau jangan lupa juga. Insya-Allah kami semua doakan. Pergi la rehat pula,” komen Eppy Haris pula.
Muhammad Riyadh kini dirawat di Hospital Selayang.
Platform | Pautan |
---|---|
Malaysia Tribune | |
X | @malaysiatribune |
@malaysiatribune | |
Threads | @malaysia.tribune |
Youtube | Malaysia Tribune |
TikTok | Malaysia Tribune |
Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
Telegram | Malaysia Tribune |